Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi
Seorang Wali Ditanah Perkuburan ,di dalam mimpi wali itu, wali tu
ternampak roh ahli-ahli kubur sedang kais-kais rumput seperti mencari
sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah
berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil
keputusan untuk bertanyakan kepada roh orang tua tersebut.
Wali :
Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai
ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.
Roh Org tua
itu : Jikalau kau nak tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari
penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah anak
aku sendiri.
Wali tersebut pun beredar daripada situ dan terjaga
dari mimpinya. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging
muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan
penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual
dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an. Wali tadi terkejut lalu
mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.
Wali: Assalammualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.
Penjual daging: waalaikummussalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?
Wali: Adakah kamu ada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang mempunyai kubur di kampung ini?
Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.
Wali: Aku terlihat Roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?
Penjual daging: Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika
bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.
* Iktibar dari Kisah ini
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan
oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal
mukminin wal mukminat". Manakala roh pakcik tua yg hanya duduk berehat
tersebut kerana doa anaknya hanya khas untuknya.
Pesanan:
Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk
kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak akan terus sampai
kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah
redha ibunya....
Jom laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:
Pertama:
Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat
tahajjudnya. Pastinya doa akan mudah termakbul dan menjadikan kita
semakin hampir dengan Allah SWT.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an
sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,
sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat
qursi.
Ketiga:
Hadirkan diri ke masjid terutama di waktu
subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana
masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi
panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid
Allah SWT .
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki
terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat
dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan
kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang
diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang
berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhuk
senantiasa ia akan merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum
lagi solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, Malaikat berdoa
untuknya iaitu "ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT ”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.-